Friday, December 17, 2010

Hari Kualiti Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong

Salam 1 Malaysia

Pada 11 November 2010 telah diadakan Hari Kualiti Program Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong.

align="center">
Hari kualiti ini diadakan bertujuan memberi penganugerahan di atas pencapaian kecemerlangan kepada Program, murid dan guru yang telah berjaya. Ia juga dapat meningkatkan potensi murid terhadap aktiviti yang diadakan.




Program Pendidikan Khas SK Lereh telah menerima Anugerah Program Baru Terbaik dan Pn Suzilah Musa telah menerima Anugerah PPM Terbaik. Syabas dan diharap kita akan menggandakan lagi usaha bagi mencapai kecemerlangan pada tahun akan datang.

Perbincangan RPI Akhir Tahun

Salam 1 Malaysia

Pada 10 November 2010, PPKI telah mengadakan perbincangan RPI bersama ibubapa. Perbincangan ini perlu dilakukan bertujuan memaklumkan kepada ibubapa mengenai tahap pencapaian murid dari pelbagai aspek.






Diharap ibubapa akan terus memberikan sokongan dan kerjasama ke arah mencapai kecemerlangan anak-anak mereka dan secara tidak langsung, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara ibubapa dan guru.

Teratak Bestari PPKI




Salam 1 Malaysia

15 Disember 2010, pembinaan Projek Teratak Bestari PPKI SK Lereh kini secara rasminya telah pun bermula.



Pembinaan Teratak Bestari ini adalah bertujuan bagi memberikan keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran di PPKI. Ini kerana bangunan PPKI yang sedia ada terlalu sempit untuk menjalankan pelbagai aktiviti semasa P&P dijalankan.
Diharapkan dengan adanya bangunan ini nanti, lebih banyak aktiviti akan dapat dijalankan agar sesi P&P menjadi lebih seronok dan berkesan.

Diharapkan bangunan ini akan dapat disiapkan mengikut ketetapan masa yang telah diberikan.

Wednesday, December 15, 2010

Kem Asas Ibadat

Salam 1 Malaysia

Pada 9 November 2010, Program Pendidikan Khas Zon Tanjong telah mengadakan Kem Asas Ibadat di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka.
Program ini dikendalikan oleh guru-guru J-Qaf. Melalui latihan dalam kumpulan (LDK), murid diberi pendedahan dan asas kepada murid-murid Pendidikan Khas mengenai kewajipan sebagai seorang mukmin.
Jom layan..





Sebelum aktiviti dijalankan



Latihan dalam kumpulan (LDK)


Mereka di ajar cara-cara mandi hadas


Cara-cara solat berjemaah



Minum petang




Majlis penutup Kem Asas Ibadat Pendidikan Khas Zon Tanjong dirasmikan oleh Ketua Sektor, Tn. Hj. Mohamad Sapian Bin Siran.

Tuesday, December 14, 2010

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Lereh


Salam 1 Malaysia

Pada 29 - 31 Oktober 2010, SK Lereh telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform di Padang Sekolah Kebangsaan Lereh.


Pengakap Khas juga telah menyertai aktiviti ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Dan kelihatan murid Pengakap Khas juga seronok apabila berpeluang menyertai perkhemahan sekolah. Jom kita lihat aktiviti yang telah dijalankan.


Pada petang 29 Oktober 2010, murid-murid diberikan taklimat oleh Cikgu Airwan sebelum memulakan sebarang aktiviti perkhemahan.







Kemudian, murid-murid dikehendaki membina khemah masing-masing di tapak yang telah disediakan.







Selepas itu, murid-murid berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Acara diteruskan dengan aktiviti kawad kaki yang diketuai oleh "Pak Din" selaku pegawai yang bertanggungjawab memberi command.



Selesai aktiviti kawad kaki, murid-murid berhenti rehat untuk makan malam, mandi dan solat maghrib dan isyak berjemaah. Seterusnya adalah acara burung hantu dimana, murid-murid akan ditutup mata dan ditinggalkan berseorangan.



Alhamdulillah, semua aktiviti pada hari pertama berjalan lancar cuma latihan bagi malam kebudayaan dibatalkan dek kerana hujan telah turun dengan lebat. Maka, murid-murid tidak dibenarkan tidur didalam khemah kerana dikhuatiri berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hujan terus turun dengan lebat sehingga keesokan pagi. Dan ada diantara khemah pelajar telah diterbangkan angin sehingga ke laut serta khemah urusetia yang rosak teruk akibat hujan lebat.


a)khemah urusetia yang patah


b) khemah yang telah diterbangkan angin


c) siling kantin yang pecah


Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Aktiviti diteruskan apabila hujan reda. Aktiviti yang seterusnya adalah penerangan mengenai cara-cara menyelamat dan memadam kebakaran oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Murid-murid diajar cara-cara menyelamat mangsa kebakaran



Murid-murid diajar cara-cara memadam kebakaran awal dengan menggunakan alat pemadam kebakaran.

Nampaknya murid-murid amat bersemangat semasa aktiviti ini. Diharapkan ilmu ini akan digunakan pada masa akan datang. Acara berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Kemudian, diteruskan dengan Pertandingan Kawad Kaki mengikut pasukan masing-masing. Pengakap Khas tidak termasuk di dalam acara ini. Selesai pertandingan kawad kaki, murid-murid berhenti rehat sekali lagi untuk makan malam, mandi dan solat. Seterusnya, adalah malam kemuncak dimana murid-murid akan membuat persembahan sempena Malam Kebudayaan.

Pada pagi Ahad, adalah merupakan acara kemuncak iaitu gotong-royong sekolah bersama guru-guru SK Lereh. Selesai gotong-royong, semua murid dan guru yang terlibat berkemas unutk pulang. Perkhemahan ini bersurai pada jam 12.00 tengahari.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan aktiviti Perkhemahan ini. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat di post pada entry kali ini walaupun aktiviti yang terakhir tiada gambar yang dapat dipamerkan. Sekian, jumpa lagi..