Thursday, July 29, 2010

KUNTUM DATANG!!

Pada 28 Julai 2010, SK Lereh mengadakan majlis perasmian Bulan Membaca dan Bulan Bahasa Melayu Bersama Si Pintar (KUNTUM).

Sambutan majlis ini dilakukan dengan sangat meriah sekali.





Si Kuntum


Guru Besar, En. Sulaman Bin Mat Mohamad merasmikan Bulan Membaca


Bergambar bersama Pegawai Eksekutif Majalah Kuntum dan Si Kuntum


Sketsa oleh pelajar Tahun 5 Zamrud yang berkisarkan gejala merokok


Persembahan tarian arab oleh Persatuan Seni dan Tarian SK Lereh


Kusyuknya mereka melihat gelagat Si Kuntum di atas Pentas


Pelajar PPKI bergambar bersama Si Kuntum

Tuesday, July 27, 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAHIRAN ANAK KURANG UPAYA - part 1

Dr. Mohd. Zuri Ghani Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.

“Sebagai insan yang dilahirkan dengan sempurna dan normal
kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita memiliki”
.

Kita juga perlu mengetahui bahawa melahirkan seseorang anak bukan satu perkara yang ringan dan mudah. Hal ini kerana, melahirkan seseorang anak merupakan sesuatu proses yang mengambil masa yang panjang dengan diikuti oleh beberapa tahap yang penting. Menurut pandangan orang tua-tua dahulu, inilah yang dikatakan bahawa melahirkan anak merupakan satu proses kelahiran semula seseorang ibu.

Tahap-tahap atau faktor-faktor yang dinyatakan ini akan menentukan sama ada anak yang bakal dilahirkan itu normal dan sempurna atau dikategorikan sebagai anak kurang upaya. Antara faktor-faktor yang dinyatakan ini termasuk pranatal, perinatal, posnatal dan bagi faktor-faktor lain semasa kelahiran seorang bayi.


Faktor Pranatal (Sebelum Kelahiran)

Faktor pranatal adalah proses utama dan juga yang paling penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak semasa dalam kandungan ibu iaitu faktor yang akan dilalui sebelum kelahiran seseorang anak. Faktor pranatal atau jangka waktu pranatal adalah selepas
sahaja berlakunya pensenyawan antara sperma dengan ovum sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Tempoh ini berlangsung selama 266 hari atau bersamaan dengan 38 minggu. Proses ini melalui tiga peringkat utama iaitu geminan, embrio dan fetus/janin. Pada tahap pranatal ini proses
pembahagian semasa pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal adalah amat aktif. Disinilah kelakuan dan amalan ibu yang mengandung perlu dijaga kerana ia mempengaruhi pembentukan bayi dalam rahim.

Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan adalah peringkat pembentukan zigot yang mengambil masa selama dua minggu. Pada masa ini, zigot akan melekat pada dinding rahim ibu dengan mengambil masa selama tiga hingga empat hari per uterus. Seterusnya, fasa embrio akan bermula pada minggu ketiga dan berakhir pada minggu kelapan dalam kandungan.
Fasa ini merupakan proses pembentukan awal bagi organ utama seperti jantung dan paru-
paru. Penyerapan zat-zat makanan akan berlaku semasa pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Seseorang ibu yang mengandung perlulah mengambil makanan yang berkhasiat bagi membantu proses ini berlakunya dengan lancar.

“Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya adalah disebabkan
oleh faktor makanan yang kurang diberi perhatian kerana
tumbesaran seseorang bayi dipengaruhi oleh pemakanan ibu
semasa mengandung”.


Fasa embrio berikutan adalah pada minggu keempat iaitu bermula kefungsian jantung bayi dalam kandungan. Manakala, fasa fetus pula bermula pada bulan ketiga hingga anak dalam kandungan itu dilahirkan dan organ utama dan jari tangan dan kaki juga akan terbentuk sepenuhnya. Pada bulan keempat janin mula bergerak dan pergerakan menjadi semakin aktif pada bulan keenam. Pada masa ini, keselamatan dan tingkah laku seseorang ibu yang mengandung perlulah dijaga bagi mengelakkan kelahiran anak yang mempunyai kecacatan terutamanya dari segi fizikal.

“Faktor pranatal ini mempengaruhi sebanyak lapan puluh peratus
dalam kelahiran anak yang cacat”
.

Oleh itu, bayi dalam kandungan sekurang-kurangnya memerlukan dua jenis perlidungan iaitu, salah satunya adalah cecair Amniotik yang membantu melindungi fetus daripada mengalami kecedaraan fizikal.


Manakala, perlindungan kedua adalah sempadan plasenta yang dihasilkan oleh saluran darah yang memisahkan sistem peredaran ibu dan janin. Ia juga melindungi bayi daripada dimasuki bendasing- bendasing yang menyebabkan kecacatan pada bentuk janin mahupun tingkah laku dan kecerdasan otak.

Rubella Plasenta Barrier tidak dapat melindungi janin sepenuhnya semasa perkembangan bayi dalam kandungan kerana kajian mendapati bahawa sebanyak 30 000 bayi yang lahir meninggal dunia dan 16 000 bayi lagi dilahirkan sebagai pekak dan buta. Antara kesan yang dibawa oleh rubella ini adalah selesema tetapi ramai dalam kalangan ibu yang memandang ringan pada keadaan ini. Rubella dapat dicegah melalui imunisasi awal sebelum mengandung.


bersambung..

Friday, July 16, 2010

LATIHAN PUSAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA - DAY 2 & 3

14 Julai 2010 merupakan hari kedua bagi latihan pusat tetapi hujan turun dengan lebat sehingga memaksa latihan pusat ini ditunda pada hari esok.




sementara menunggu hujan teduh



hujan lebat sehingga jam 12.00 tgh


Dan 15 Julai 2010 merupakan saringan bagi beberapa acara dan peringkat akhir bagi semua acara yang dipertandingkan. Kami mengambil bahagian bagi acara 200m bawah 11 tahun dan lontar peluru bawah 14 tahun.


warming up dulu



Bagi acara 200m, kami menghantar 4 orang wakil iaitu Hafiz, Faziallah, Aidil dan Asyraf, manakala bagi lontar peluru diwakili oleh Akmal.




Bersama En. Zahiruddin, guru pengiring pada hari ke-3


Sayangnya kami hanya melalui peringkat saringan kecuali Hafiz yang mewakili acara 200m berjaya ke peringkat separuh akhir. Secara kesimpulannya, walaupun mereka hanya berada di peringkat saringan dan separuh akhir, kami amat berpuas hati dengan semangat yang diberikan oleh murid kerana ini adalah kali pertama penyertaan mereka di dalam bidang sukan.

Memandangkan ini adalah penyertaan dan pendedahan kali pertama sekolah kami dan murid-murid sekolah ini, ia merupakan latihan dan pendedahan kepada murid untuk meningkatkan semangat daya saing yang sihat diantara murid.

Aktiviti sebegini dapat meningkatkan kemahiran dan semangat kesukanan dikalangan murid istimewa dan dapat memberikan pendedahan sosial kepada murid-murid PPKI. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang.



Thursday, July 15, 2010

LATIHAN PUSAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA - DAY 1

Pada 13 & 14 Julai 2010 telah diadakan Latihan Pusat bagi Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka Zon Tanjong di SMK Seri Tanjong Melaka.

Pada 13/7 merupakan saringan bagi semua acara kecuali 200m dan lontar peluru. Sekolah kami mengambil bahagian dalam acara 100m dan lompat jauh bwh 11 tahun. Aidil, Firdaus, Aiman dan Asyraf mengambil bahagian bagi acara 100m dan wakil lompat jauh (Aidil & Asyraf).

peserta sedang menuju ke tempat permulaan


sedang menunggu gilirin bagi acara trek


sesi taklimat bersama Cikgu Ghafar bagi acara lompat jauh


aksi Aidil


aksi Mohd Asyraf

Sayangnya kami hanya melalui peringkat saringan. Ini mungkin kerana, murid-murid ini berasa malu atau rndah diri kerana ini adalah penyertaan pertama mereka.

Jom layan aksi mereka dalam memberikan semangat kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian.








guru bertugas


baca doa sebelum makan


dan makan...


Monday, July 12, 2010

PROJEK KEBUN MINI

Projek Kebun Mini ini dijalankan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh murid-murid PPKI. Projek ini adalah sebahagian daripada aktiviti Kemahiran Hidup yang dijalankan disini.

antara murid yang berusaha gigih unutk menjayakan projek ini

Projek Kebun Mini ini dijalankan bagi menggalakkan penglibatan pelajar istimewa yang lebih menyeluruh dalam aktiviti Kemahiran Hidup.


Aktiviti menanam pokok dan mengembur tanah


aktiviti membaja tanaman


membersihkan kawasan tanaman


Impak daripada aktiviti ini adalah bagi meningkatkan kemahiran dan minat berkebun dikalangan murid serta mengurangkan tekanan dan mewujudkan emosi yang sihat.


Antara Hasil Tanaman Kebun Mini PPKI


sayur kangkung


sayur kacang


limau kasturi


cili padi

Hasil tanaman ini dijual kepada guru dan kakitangan sekolah dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Hasil jualan tanaman ini dimasukkan kedalam tabung PPKI dan digunakan untuk keperluan mereka.


Friday, July 9, 2010

CARTA ORGANISASI PPKI SK LEREH

*click image to enlarge




Tuesday, July 6, 2010

SEJARAH PENUBUHAN

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
<"meta content=text/html; charset=utf-8" equiv="Content-Type">

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Lereh telah memulakan operasi pada Januari 2009. Seorang guru merangkap Penyelaras Program iaitu Pn Normah Bt Mohamad Adnan dan En. Mohd Nizar B Saleh telah ditempatkan di program baru ini. Bermula dengan kelas kosong dengan 2 orang murid, program ini dijalankan dengan serba kekurangan. Sedikit demi sedikit, program ini diperbaiki dari segi keceriaan, pengurusan dan perjalanan kelas.


Pada awal Disember 2009, program ini telah menerima seorang guru baru iaitu En. Zahiruddin B. Hassan. Bilangan murid juga kian bertambah. Sehingga ke hari ini, program ini telah mempunyai seramai 15 orang murid, 3 guru dan 2 orang PPM.