Monday, August 16, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan





Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.
Andai Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita, moga ia menjadi pembela kita di akhirat kelak..
Marilah kita gunakan peluang yang terbuka luas ini untuk bertaubat dan kembali pada fitrah kerana manusia tidak terlepas dari melakukan sebarang dosa.


SELAMAT BERPUASA & MENUNAIKAN SOLAT TERAWIKH


Tuesday, August 3, 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAHIRAN ANAK KURANG UPAYA - part 2

Faktor Perinatal

(Semasa Kelahiran)


Faktor perinatal adalah dikatakan sebagai proses semasa kelahiran bayi iaitu pada waktu bersalin. Proses ini berlaku pada minggu ke-38 dan pada masa ini bayi sudah sempurna anggota tubuhnya serta bersedia ke alam baru iaitu dari rahim ibu ke dunia. Apabila seseorang wanita disahkan mengandung, doktor yang memeriksanya akan mengira 280 hari mulai dari hari terakhir kedatangan haid dan ini akan dijangkakan sebagai hari kelahiran bayi. Namun, kadangkala tarikh ini tidak tepat kerana kebanyakan kes kelahiran berlaku seminggu sebelum atau selepas tarikh itu. Proses kelahiran ini dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu pembukaan serviks, kelahiran bayi dan pengeluaran plasenta selepas kelahiran.

Tahap pertama proses kelahiran adalah pembukaan serviks. Tahap ini adalah proses yang paling lama terutama bagi wanita yang kali pertama melahirkan anak iaitu mengambil masa selama 10 hingga 16 jam berbanding wanita yang pernah melahirkan anak hanya akan mengambil masa selama 6 hingga 11 jam.


“Melahirkan anak adalah satu proses

kelahiran semula seseorang ibu

tersebut”.



Kontraksi Braxton-Hicks adalah kontraksi yang dirasai secara berhenti-henti atau kadang-kadang oleh wanita yang mengandung terutamanya sepanjang dua bulan

terakhir kehamilan. Bahagian terakhir dalam tahap ini dipanggil transition dan ini adalah tahap yang paling sukar kerana kontraksi ini adalah yang paling sakit sekali dan mereka terpaksa meneran sebelum bayi keluar. Pada masa ini, mereka diberikan ubat penenang bagi mengurangkan kesakitan tetapi ia sebenarnya memberi kesan kepada bayi terutama pada aspek kecerdasan otak.

Manakala, tahap kedua bermula apabila serviks sudah membuka sepenuhnya dan berakhir dengan proses kelahiran bayi. Pada tahap ini, wanita perlu menggunakan

tenaga fizikal sepenuhnya bagi meneran bayi supaya keluar. Mereka juga perlu memberi

komitmen yang sebaik mungkin kepada doktor atau jururawat yang bertugas bagi menggelakkan sebarang kecedaraan kepada diri sendiri mahupun bayinya semasa proses kelahiran. Sekiranya, mereka gagal dalam memberi komitmen maka proses kelahiran juga akan menjadi lambat. Kebanyakan kes sebeginilah yang menyebabkan kesan negatif kepada bayi dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pengeluaran darah yang banyak semasa melahirkan anak juga akan memberi kesan kepada bayi.

Seterusnya, tahap ketiga pula adalah proses pengeluaran plasenta selepas kelahiran. Proses ini perlu untuk memastikan bahawa ke semua bahagian plasenta dikeluarkan sepenuhnya kerana jika tertinggal, ia boleh membahayakan ibu dan juga bayi yang baru lahirnya. Sekiranya, bayi yang dilahirnya tidak cukup bulan maka langkah yang sepatutnya perlu diambil segera bagi mengelakkan sebarang kecacatan kepada bayi. Hal ini kerana, kebanyakan kes anak yang menjadi cacat adalah disebabkan oleh salah satu faktor kelahiran tidak cukup bulan kerana pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut lebih lambat berbanding bayi yang lahir normal.


bersambung..