Monday, September 20, 2010

Kanak-kanak Istimewa… Satu Anugerah…

Kanak-kanak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-Nya. Namun, tidak semua kanak-kanak yang dilahirkan adalah sempurna sifatnya. Faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak ini dilahirkan tidak sempurna adalah masalah genetik, kesihatan dan pemakanan ibu ketika mengandung, pengambilan alkohol dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bukan semua kecacatan yang dialami berpunca daripada ibu, ada juga yang terjadi akibat daripada faktor kelahiran dan persekitaran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan ini dinamakan kanak-kanak istimewa ataupun kanak-kanak berkeperluan khas, kerana mereka merupakan anugerah yang unik dan memerlukan sesuatu keperluan tertentu untuk membantu dalam kehidupan mereka.


*gambar ehsan dari google.com


Kanak-kanak istimewa boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari aspek mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap dimana kanak-kanak memerlukan modifikasi ataupun intervensi melalui aktiviti-aktiviti sekolah ataupun pendidikan khas bagi membantu kanak-kanak itu berkembang dengan lebih baik.

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI



Kepada semua Umat Islam dan tidak lupa juga kepada semua kaum-kaum yang lain, kami warga PPKI SK Lereh mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Semoga perjalanan kalian selamat sampai ke destinasi dan sambutlah lebaran dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, bukan kesayuan dan kesedihan.

Monday, September 6, 2010

Projek Jualan Pendidikan Khas

Assalamuaalaikum semua..
Alhamdulillah sudah 26 hari kita berpuasa.
Moga2 kita mendapat keberkatan sepenuhnya di bulan Ramadhan ini.

Sempena dengan bulan Ramadhan ni kan,kita adalah dilarang sama sekali untuk menjual makanan pada waktu rehat, jadi kami membuat keputusan untuk menjual kad raya..

Alhamdulilah jualan kali ini amat memberangsangkan, dan Insyaallah projek jualan ini akan diteruskan bagi memupuk semangat keusahawanan dikalangan murid PPKI disini.

Dengan kerjasama murid, guru dan PPM, kami telah berjaya menghasilkan sebanyak 330 keping kad raya dengan harga yang berbeza.

Para peniaga bersama Cikgu Zahiruddin


adik2, kakak2, abang2 mari dekat ..mari beli..
kad raya murah-murah saja, cantik-cantik belaka, gerenti suka..


Inilah antara hasil kad raya yang dibuat oleh murid-murid dengan bimbingan guru dan PPM.

cantik kan?


Terima kasih kepada yang telah memberi sokongan dengan membeli kad raya Pendidikan Khas.

diserbu oleh para pelanggan


saya nak yang ini


wow cantiknya....


semua pun cantik-cantik la.. pening ni mana yang nak dipilih


Cikgu Ramlan memantau dan memberi sokongan kepada murid-murid PPKI


Terima Kasih sekali lagi kerana memberi sokongan kepada warga PPKI. Semoga kalian menyokong usaha warga PPKI dimasa akan datang..


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAHIRAN ANAK KURANG UPAYA - part 3

sambungan part 2

Faktor Posnatal

(Selepas Kelahiran)


Faktor posnatal pula berlaku selepas kelahiran anak iaitu bermula pada saat kehidupan selepas kelahiran ke dunia sampai pada dua tahun atau lima tahun kehidupan seseorang anak. Proses ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti gizi pemakanan, penyakit, keadaan sosial ekonomi, musim dan lain-lain lagi.


Gizi pemakanan haruslah diamalkan pada masa ini, iaitu awal pertumbuhan dan perkembangan anak seperti mengikuti cara makanan kualitatif dan juga kuantitatif. Hal ini membantu serta memudahkan perkembangan anak yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Antara makanan yang dikatakan kualitatif adalah makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin. Awal perkembangan anak dari segi fizikal mahupun mental amat penting untuk mengelakkan sebarang kecacatan dalam pertumbuhan mereka.



Manakala, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran yang semakin menular juga salah satu faktor menyebabkan kecacatan pada diri kanak-kanak. Sekiranya anak yang dilahirkan dikenal pasti mengalami penyakit ini, ibu bapa perlulah membawa anaknya ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya diterima oleh anak mereka serta mengikuti apa yang dinasihatkan oleh pakar kesihatan. Penyakit sebegini tidak menunjukkan kesan pada masa tersebut tetapi akan memberi kesan pada masa akan datang. Hal ini menyebabkan kebanyakan anak kurang upaya tidak dapat dibantu kerana sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan.


Secara keseluruhannya, tiga faktor utama iaitu faktor pranatal, perinatal dan posnatal amatlah penting kerana ia mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak sama ada dalam keadaan sempurna atau cacat. Seseorang wanita yang mengandung haruslah memberi perhatian yang serius semasa melalui tiga faktor utama kelahiran anak bagi mengurangkan bilangan kelahiran anak kurang upaya yang semakin meningkat di dunia ini.