Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Tanjong



Pada 29 Mac telah diadakan pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjung.
Ini adalah penyertaan pertama PPKI SK Lereh dan kami telah menghantar beberapa orang murid bagi 3 pertandingan.





Wahid dan Amal'ludin mewakili pertandingan menulis Khat


Wahid dan Syakir mewakili pertandingan Azan Subuh


Menunggu acara seterusnya dan waktu makan..


Pertandingan nasyid


Majlis penyampaian hadiah dan adik Wahid telah berjaya menjadi juara bagi pertandingan Azan Subuh kategori bawah 14 tahun.

Adik Wahid akan mewakili pasukan Zon Tanjung ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri.
Tahniah kepada adik Wahid

Program Terapi Air #1

Salam 1 Malaysia

Terapi air yang pertama telah diadakan pada 24 Mac 2011 di Shah's Beach Resort.
Terima kasih kepada pihak Pengurusan Shah's Beach Resort kerana telah memberikan kerjasama dan menerima kedatangan kami.


Bergerak ke Shah's Beach Resort


Tak sabar nak masuk kolam






Betapa gembiranya mereka dapat bermandi-manda


Tiba masa untuk pulang. Terapi air yang seterusnya akan dilakukan setiap 2 minggu sekali.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka

Pada 8 - 10 Mac telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka di Stadium Mini SMK Seri Kota.

2 orang murid dari SK Lereh iaitu Firdaus dan Hafiz berjaya mewakili Pasukan Zon Tanjung bagi acara Lari 100m, 4x100 dan lompat jauh.

Walaupun tidak mendapat sebarang tempat baagi acara yang diwakili, namun ia adalah percubaan yang bik dan semoga aktiviti ini dapat memberikan mereka tahap keyakinan diri yang tinggi.



Firdaus dan Hafiz



Kami datang untuk memberi sokongan kepada Zon Tanjung



Jualan berbagai jenis kacang


Strecthing


Majlis penutup





Barisan kontinjen Zon Tanjung




Persembahan tarian 1 Malaysia

Perbincangan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bersama Ibubapa

Perbincangan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 2011 yang pertama bersama ibubapa pelajar telah diadakan pada 3 Februari 2011.
Terima kasih kepada ibubapa yang hadir.