Monday, December 31, 2012

Kelas PPKI SK. Lereh 2012

Kelas PPKI Sk. Lereh pada Tahun 2012..


lereh's Slidely from lereh ppki on Slide.ly.

Galeri video tahun 2012


Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Slideshow design made with Smilebox
Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
This free slideshow design made with Smilebox
Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Create a slideshow design
Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Slideshow generated with Smilebox
Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
A photo slideshow by Smilebox

Jenis sayur-sayuran (Prezi)



Nota ini memperkenalkan murid terhadap jenis sayur-sayuran. Murid boleh menyatakan lagi pelbagai contoh sayuran dari jenis-jenis yang diperkenalkan.

Membaja


Amalan Keselamatan (Prezi)



Amalan keselamatan perkebunan ini sangat penting terutama bagi murid pendidikan khas. Hal ini berikutan kelemahan mental menyebabkan mereka tidak mampu memikirkan bahaya sekiranya tidak berhati-hati dalam aktiviti berkebun. Justeru itu menjadi tanggungjawab guru untuk memperkenalkan langkah keselamatan aktiviti perkebunan ini sehingga murid faham sebelum memulakan aktiviti pertanian.

Nota mengamalkan kebersihan (PREZI)



Kebersihan merupakan kunci kepada kesihatan. Kebersihan ini mestilah diamalkan setiap kali menjalankan aktiviti perkebunan. Setelah diterangkan amalan kebersihan yang perlu diikuti semasa aktiviti perkebunan ini, guru hendaklah dari semasa ke semasa menegur murid yang lalai menjaga kebersihan agar kebersihan ini menjadi amalan mereka seumur hidup.

Mengenal Tumbuhan Hiasan (Prezi)



Nota ini menunjukkan kepada murid jenis-jenis tumbuhan hiasan. Murid dikehendaki mengenalpasti jenis tumbuhan hiasan tersebut.

Kemahiran hidup untuk pelajar istimewa

BUTTERWORTH:  Bagi satu kumpulan "pelajar istimewa" di sini, kemampuan mereka untuk menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, amat terbatas namun setiap seorang daripada mereka ini mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri.

Walaupun keupayaan mereka untuk menimba ilmu tidak setanding dengan "pelajar normal", namun 20 pelajar ini berumur antara 13 tahun dan 19 tahun yang mengikuti kelas Pendidikan Khas di SMK Permatang Tok Jaya di sini, tetap diberi peluang untuk belajar seperti rakan-rakan sebaya mereka yang lain.

Gelagat riang pelajar-pelajar ini, yang menghidap sama ada down syndrome, autisme, hyperactive, terencat akal dan dyslexia, sering mencuit hati para guru dan kadang-kala menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang melihat dan mengenali mereka.

Penyelaras Pendidikan Khas SMK Permatang Tok Jaya, Yufoff Ibrahim berkata, pelajar-pelajar berkenaan ditempatkan di tiga kelas dan dikendalikan empat orang guru.
Katanya pelajar-pelajar ini mempunyai tahap atau masalah pembelajaran yang berbeza dan guru-guru perlu mengenal pasti kecenderungan masing-masing untuk menyampaikan ilmu yang bersesuaian dengan mereka.

Di samping pendidikan akademik, penekanan kepada keupayaan menguasai kemahiran hidup seperti menyediakan makanan, berkebun serta melakukan kerja membersih kelas dan mencuci kereta juga diberikan perhatian.

"Tidak lama lagi, warga sekolah ini akan dapat merasai buah anggur yang ditanam oleh pelajar-pelajar istimewa ini di kebun kecil berhampiran kelas mereka," kata Yufoff.

Katanya pelajar-pelajar itu memang dididik untuk membaca dan mengenal huruf serta angka tetapi kebanyakan mereka ini agak perlahan dan tidak boleh menguasai ilmu ini.

"Jadi kita ajar mereka perkara-perkara yang boleh membantu mereka dalam menguruskan kehidupan seharian. Sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk menyertai sektor pekerjaan yang bersesuaian kelak," kata Yufoff.

Kelas pendidikan khas itu yang dibuka pada 1998 kini mempunyai 16 pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan.

SMK Permatang Tok Jaya merupakan antara beberapa sekolah menengah yang menyediakan kelas pendidikan khas di Pulau Pinang.

Bagi pelajar autisme, Muhammad Sharifuddin Yaakop, statusnya sebagai pelajar istimewa tidak pernah menyebabkan dirinya tersisih daripada keluarga, rakan-rakan sebaya mahupun guru-guru.

Kebolehan pelajar berusia 16 tahun ini menghafal AlQuran dan mengendalikan komputer dikagumi pelajar-pelajar yang normal dan guru-guru di sekolah itu.

Malahan, beliau mewakili sekolah berkenaan pada Tilawah AlQuran untuk pelajar pendidikan khas peringkat negeri tahun lepas dan muncul juara.

Yufoff berkata Mohd Sharifudin boleh mengingati ayat-ayat AlQuran yang dibacanya dengan baik dan kebolehannya mengendalikan komputer kadangkala mengatasi kemampuan guru-gurunya sendiri.

Ada juga antara pelajar istimewa ini yang boleh mengikuti pelajaran seperti pelajar normal dan mereka ini berpeluang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, katanya.

Namun bagi keluarga Nor Hazwani Hashim, 14, yang mengalami masalah terencat akal, mereka mahu kemudahan pendidikan untuk pelajar istimewa sepertinya diperbanyakkan dan diwujudkan dekat dengan tempat tinggal mereka.

Ibunya Faridah Ahmad berkata, ketika ini tidak banyak institusi yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak istimewa seperti Nor Hazwani dan rakan-rakan senasib dengannya, dan jika adapun, ia agak jauh dari tempat tinggal mereka.

"Ketika ini, kebanyakan institusi pendidikan atau latihan untuk golongan istimewa ini dikendalikan pihak swasta atau pertubuhan bukan kerajaan dan bayarannya agak mahal. Banyak ibu bapa yang tidak berkemampuan, akhirnya hanya menyimpan anak-anak mereka di rumah," katanya.

Beliau menasihati keluarga yang mempunyai anak istimewa supaya jangan malu dan menyorokkan anak-anak itu daripada masyarakat sebaliknya hendaklah menghantar mereka ke pusat didikan tertentu supaya kebolehan dan bakat anak-anak itu dapat dikesan dan diasuh untuk kebaikan mereka. BERNAMA

Penjagaan Tanaman (Prezi)

Dam Pintar

Kenapa Dam Pintar? kerana selepas bermain dam ini murid-murid akan jadi pintar.. InsyaAllah... Aktiviti permainan merupakan aktiviti yang penting kepada murid khas kerana mereka tidak mampu untuk belajar secara terus-terusan di dalam kelas. Aktiviti santai amat sesuai agar murid tidak terasa tertekan yang akan menyebabkan murid tidak mahu meneruskan pembelajaran. Justeru itu, bagi mengelakkan sindrom tidak mahu belajar, permainan menjadi alternatif, walaupun bermain namun masih dikira belajar... Pada pendapat saya, tidak kiralah apa jua aktiviti yang dilakukan, asalkan ada unsur-unsur ilmu pengetahuan yang diselitkan..


Cara bermain:
  1. Murid perlu membaling dadu. biasanya saya gunakan dadu khas yang hanya mempunyai nombor satu dan dua sahaja.
  2. Murid perlu menggerakkan buah mengikut nombor yang murid dapat. Kemudian murid dikehendaki menyebut nama alatan tersebut dan sekiranya murid gagal menyebut dengan tepat, mereka akan hilang satu giliran.
  3. Pemain yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu dikira pemenang.


Lembaran kerja mewarna alatan perkebunan

Aktiviti ini amat sesuai dalam proses untuk mengenal alatan perkebunan. Semasa aktiviti ini guru perlu bertanya nama alatan tersebut dalam proses murid untuk mengingat nama alatan tersebut. InsyaAllah murid dapat mengingatinya dengan baik.
Selain itu, aktiviti mewarna ini akan menjadi lebih menarik jika guru mencadangkan agar murid mewarna alatan perkebunan tersebut secara kreatif seperti melukis corak pada alatan perkebunan tersebut. Murid akan berasa gembira dan seronok mewarna jika dapat mewarna dengan cantik. Dibawah ini terdapat beberapa alatan perkebunan yang boleh dimuat turun. Selamat mencuba.

Lembaran kerja (Keselamatan berkebun)

Aktiviti Mewarna