Thursday, October 31, 2013
Wednesday, October 23, 2013
Program Adik Kreatif meriah, libatkan 1,000 murid SK Lereh
Sulaman Md. Mohamad (tengah) bersama murid-murid yang menyertai Program Adik Kreatif anjuran Kumpulan Utusan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh di Melaka, semalam. - utusan/azli ahad |
MELAKA 22 Okt. - Program Adik Kreatif anjuran bersama Kumpulan Utusan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh di sini, mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 1,000 murid sekolah berkenaan.
Guru Besar Cemerlang SK Lereh, Sulaman Md. Mohamad berkata, program membabitkan murid-murid tahun satu hingga tahun enam itu mampu memberi impak besar dalam melahirkan kreativiti murid.
Menurutnya, pelbagai aktiviti seperti peraduan melukis, persembahan pentas dan sebagainya yang diadakan menjadi ruang kepada murid-murid menonjolkan bakat masing-masing.
"Penglibatan menggalakkan daripada hampir 1,000 murid serta guru membuktikan program ini mampu mencungkil bakat dalam bidang berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penutup Program Adik Kreatif di sekolah berkenaan, di sini hari ini.
Selain pertandingan mewarna dan persembahan pentas, turut diadakan kuiz serta cabutan bertuah serta gerai jualan majalah oleh Kumpulan Utusan.
Bengkel percuma Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dan sisipan bahasa Inggeris, E-Lab turut diadakan kepada murid-murid yang dikendalikan Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Zulqarnain Othman.
Mengulas mengenai bengkel itu, Sulaman berkata, murid-murid dapat didedahkan dengan konsep pembelajaran terkini menggunakan pendekatan akhbar dalam pembelajaran.
"Selain dijadikan bahan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), bengkel ini juga dilihat membantu proses ulang kaji murid-murid dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.
"Malah, guru-guru turut memuji kesan baik penggunaan akhbar dalam P&P kerana dapat membantu sebagai bahan penting untuk dijadikan latihan serta rujukan kepada murid-murid di dalam kelas," ujarnya.
Melalui program itu juga, katanya, mampu mendekatkan lagi golongan murid dengan akhbar serta majalah keluaran Kumpulan Utusan.
"Ini seterusnya dapat menggalakkan minat membaca serta meneroka pelbagai maklumat melalui pelbagai jenis penerbitan Kumpulan Utusan," tambahnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131023/ws_03/Program-Adik-Kreatif-meriah-libatkan-1000-murid-SK-Lereh#ixzz2ifQ6X0Om
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, October 18, 2013
Wednesday, October 16, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Sunday, October 13, 2013
Thursday, October 10, 2013
Monday, October 7, 2013
Tuesday, October 1, 2013
Peperiksaan Akhir Tahun 2013
Peperiksaan akhir tahun bagi murid pendidikan khas akan bermula pada 7 Oktober 2013 hingga 10 Oktober 2013. Harap Maklum.
Thursday, September 26, 2013
Terapi Air di Wonderland Melaka
Seronok sangat murid-murid khas mandi-manda di Wonderland ni.. Kebetulan pula hari tersebut tidak ramai pengunjung.. wah, mandi sakan la murid-murid ni... Kenangan di hadapan pintu gerbang. Sangat mengujakan.
Thursday, September 12, 2013
Terapi Boling
Terapi boling buat kali terakhir pada tahun ini, walaubagaimanapun semua seronok dan bakat-bakat baru dapat dikesan untuk memasuki pertandingan boling pada tahun depan.. Chaiyok!
Monday, September 9, 2013
Friday, August 30, 2013
Sambutan Hari Raya PPKI SK. Lereh
Meriah sungguh Sambutan Hari Raya PPKI SK. Lereh pada tahun ini. Tidak perlu cakap banyak, lihat sahaja gambar di bawah ini------->