Tuesday, January 29, 2013

Program Merentas Desa 2013

Murid-murid khas juga tidak terlepas dari melibatkan diri dalam program merentas desa. berikut adalah sebahagian gambarnya.



Thursday, January 24, 2013

Selamat Bertugas di SK. Lereh

Bilangan murid yang telah mencecah 28 pada tahun ini telah melayakkan PPKI SK. Lereh menerima seorang GPK Pendidikan Khas... Lalu pada 23 Januari yang lalu GPK tersebut telah mula berkhidmat di PPKI SK. Lereh.. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Puan Asfalila binti Jahaya. Semoga dapat membawa PPKI SK. Lereh ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang...





Wednesday, January 23, 2013

Pertandingan Mewarna


Pendidikan seni merupakan salah satu terapi yang dapat memberikan ketenangan kepada diri murid. Justeru penglibatan dalam pertandingan mewarna ini amat tepat kerana selain merehatkan minda, murid turut mendapat hadiah jika dapat mewarna dengan menarik. 






Tuesday, January 22, 2013

Video aktiviti pendidikan seni visual

Sukanya dia melukis menggunakan warna air...




Monday, January 21, 2013

Kenal pasti keselamatan di kebun

Permainan Interaktif


Permainan interaktif berunsurkan perkebunan yang sesuai untuk murid-muird khas disamping meningkatkan kemahiran motor halus murid.

Mengenal Alatan Perkebunan


Alatan Perkebunan

Beberapa alatan asas diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja yang perkebunan. Gunakan alat yang betul dan sesuai untuk aktiviti berkebun yang betul. Jangan gunakan pisau pemotong daging untuk mencantas pokok kerana bukan sahaja cantasan menjadi tidak cantik dan kemas malah akan merosakkan pokok. Alatan asas berkebun termasuklah:

1)      Gunting pokok
2)      Sudip tanah
3)      Gunting dahan
4)      Garpu tanah
5)      Cangkul
6)      Pencakar
7)      Pongkes
8)      Penyembur racun
9)      Sarung tangan
10)   Kereta sorong




Gunting Pokok


Cangkul mata tiga, tajak dan cangkul



Gunting pokok


Kotak perkakas


Pencakar


sudip tanah, penanam dan garpu tanah


Gergaji pokok


Gunting pagar

Video Mengenal Alatan Perkebunan dan Fungsinya

Video Upin Ipin "Berkebun"

Cara Mengendalikan Alatan Dengan Betul


Cara-Cara Memegang Dan Menggunakan Alatan

Alatan perkebunan perlulah dikendalikan dengan betul agar dapat mengelakkan kecederaan semasa melakukan aktiviti berkebun. Gambar dibawah merupakan kaedah memegang beberapa jenis alatan berkebun dengan betul.



Pencakar

Garpu Tanah

Sudip Tanah 
Pongkes

Penyiram


Gunting Dahan

Gunting Ranting

Cangkul

Parang Pemangkas

Lembaran kerja mengenal pasti alatan perkebunan

Lembaran Kerja Mengenal Alatan Perkebunan

Lembaran Kerja Mengenal Fungsi Alatan Perkebunan

Mengenal Alatan Perkebunan.ppsx

Bantuan Persekolahan 1 Malaysia

Tarikh:
Tempat : 




Wednesday, January 2, 2013

Murid-murid khas PPKI SK. Lereh 2013

Pada tahun 2013 ini, bilangan murid menjadi 58 orang. Justeru, PPKI SK.Lereh telah membuka 4 buah kelas... Nak kenal? ok... Berikut merupakan gambar murid-murid khas yang ada kini..

Tuesday, January 1, 2013

Tugas seorang guru...