Sejarah Penubuhan

SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH

Bangunan PPKI ini telah dibina pada akhir tahun 2008. Terletak di bahagian belakang kawasan sekolah. Program ini telah memulakan sesi pembelajaran pada Januari 2009. Pada ketika itu dua orang guru iaitu Pn. Normah bt Mohamad Adnan merangkap Penyelaras dan En. Mohd Nizar b Salleh ditempat mengajar di program baru ini dengan bilangan murid hanya 2 orang sahaja.

Bilangan murid semakin bertambah terutamanya murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Program ini juga telah mendapat seorang PPM pada Mac 2009 untuk membantu guru dan murid-murid yang belajar dalam 2 kelas. Bilangan murid sehingga akhir tahun 2009 adalah seramai 10 orang. Berbagai usaha dilakukan untuk menceria dan memajukan program ini bagi memudahkan sesi pembelajaran. Sepanjang tahun 2009, berbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk mendidik, memberi pengalaman dan pembelajaran luar bilik darjah kepada murid-murid seperti lawatan sambil belajar dan terapi. Murid-murid juga dilatih untuk berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama antara satu sama lain dalam berbagai aspek seperti pengurusan diri, pengurusan tingkah laku, kemahiran hidup dan lain-lain.

Pada Januari 2010 seorang lagi guru ditugaskan mengajar di program ini iaitu En. Zahiruddin b Hassan. Bilangan murid juga semakin bertambah kepada 15 orang. Pada Mei 2010 seorang lagi PPM ditempatkan di program ini bagi menjayakan lagi program ini. Pada tahun 2010 lebih banyak aktiviti dijalankan samada di peringkat Sekolah, Unit, JPN dan juga Komuniti bagi memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada murid-murid.

Program ini juga telah menerima Anugerah Program Baru Terbaik  dan Tokoh Pembantu Pengurusan Murid Terbaik Zon Tanjong pada Hari Anugerah Kualiti Zon Tanjong 2010. Pada akhir tahun 2010 juga pembinaan "Teratak Bestari" akan dilaksanakan seperti yang dirancang bagi memberi keselesaan kepada murid-murid.