Showing posts with label kanak-kanak istimewa. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak istimewa. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Program Khidmat Bakti Siswa Bersama PDK Kg Pinang

Salam 1 Malaysia....
Diharap anda semua berada didalam keadaan sihat...

Pada 15 Oktober yang lalu, kami dijemput untuk menghadiri Program Khidmat Bakti Siswa Bersama PDK Kg Pinang anjuran IPGM, Durian Daun, Melaka.

Program ini perlu diteruskan agar dapat merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dan komuniti sekeliling.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.
Terima kasih kepada pelatih-pelatih IPGM kerana sudi menjemput kami..


Pertandingan mewarna ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
SK Lereh dan PDK kg Pinang.


Aktiviti sukaneka kategori PDK Kg Pinang.
Seronok bila melihat gelagat anak-anak di PDK Kg Pinang bermain.


Aktiviti sukaneka kategori SK Lereh pula menunjukkan bakat masing-masing.



Murid-murid menerima hadiah bagi pertandingan mewarna dan sukaneka.



Kemudian pertandingan pakaian beragam anak-anak PDK Kg. Pinang.
Pandai mereka menunjukkan aksi-aksi yang menarik.



Persembahan oleh band dari Kuala Lumpur.

Akhir kata dari kami,
Terima kasih daun keladi, Lain kali jemputlah kami lagi..

Monday, September 20, 2010

Kanak-kanak Istimewa… Satu Anugerah…

Kanak-kanak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-Nya. Namun, tidak semua kanak-kanak yang dilahirkan adalah sempurna sifatnya. Faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak ini dilahirkan tidak sempurna adalah masalah genetik, kesihatan dan pemakanan ibu ketika mengandung, pengambilan alkohol dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bukan semua kecacatan yang dialami berpunca daripada ibu, ada juga yang terjadi akibat daripada faktor kelahiran dan persekitaran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan ini dinamakan kanak-kanak istimewa ataupun kanak-kanak berkeperluan khas, kerana mereka merupakan anugerah yang unik dan memerlukan sesuatu keperluan tertentu untuk membantu dalam kehidupan mereka.


*gambar ehsan dari google.com


Kanak-kanak istimewa boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari aspek mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap dimana kanak-kanak memerlukan modifikasi ataupun intervensi melalui aktiviti-aktiviti sekolah ataupun pendidikan khas bagi membantu kanak-kanak itu berkembang dengan lebih baik.