Showing posts with label aktiviti Negeri. Show all posts
Showing posts with label aktiviti Negeri. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka

Salam 1 Malaysia

Pada 19-21 April 2011 PPKI SK Lereh telah menghantar 3 orang wakil untuk menyertai Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.
Jom kita layan aksi mereka..


Hari pertama semestinya mendirikan khemah



Merekacipta logo dan gajet



Aktiviti nyanyian lagu-lagu pengakap diadakan pada malam pertama



Senaman pagi dan riadah



Aktiviti LDK ikhtiar hidup tapi malangnya aktiviti ini tidak dapat diteruskan akibat hujan turun dengan lebatnya.



Aktiviti Zon






Pasukan Zon Tanjung bersama logo dan gajet



Peserta SK Lereh yang mewakili Zon Tanjung iaitu Hafiz, Amirul dan Akhmal. Mereka amat gembira dengan aktiviti ini dan semoga apa yang telah dipelajari akan dapat dimanfaatkan oleh mereka kelak.


Thursday, April 7, 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka

Pada 8 - 10 Mac telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka di Stadium Mini SMK Seri Kota.

2 orang murid dari SK Lereh iaitu Firdaus dan Hafiz berjaya mewakili Pasukan Zon Tanjung bagi acara Lari 100m, 4x100 dan lompat jauh.

Walaupun tidak mendapat sebarang tempat baagi acara yang diwakili, namun ia adalah percubaan yang bik dan semoga aktiviti ini dapat memberikan mereka tahap keyakinan diri yang tinggi.



Firdaus dan Hafiz



Kami datang untuk memberi sokongan kepada Zon Tanjung



Jualan berbagai jenis kacang


Strecthing


Majlis penutup





Barisan kontinjen Zon Tanjung




Persembahan tarian 1 Malaysia