Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru


Pada 16 Mei setiap tahun kita pasti akan menyambut Hari Guru..

Pada hari tersebut, SK Lereh telah mengadakan sambutan Hari Guru dengan meriah sekali.
Banyak acara yang dipersembahkan.
Jom layan.....


Majlis bertukar-tukar hadiah


Persembahan dari Kumpulan Guru Besar (En. Sulaman b. Md Mohamad dan GPK Ko-ku (Pn. Soh Choon Moi)


Persembahan dikir barat kumpulan GPK 1 (En. Rosli b. Johar) dan prsmbahan tarian dari kumpulan GPK HEM (En. Ramlan b. Udin)

Semua murid dan guru berasa sangat gembira dengan sambutan ini.
Kepada semua guru di Malaysia, Selamat Hari Guru diucapkan dan teruskan berjuang demi bangsa dan negara kerana Gurulah kami berjaya..

Terima kasih guru..
Jasamu dikenang

Thursday, April 7, 2011

Persaraan GPK 1, Pn. Hjh Nor Izan


Majlis Persaraan Pn. Hjh Nor Izan telah diadakan pada 28 Februari 2011 dengan penuh meriah..



Ucapan dari GB, Naib YDP PIBG dan ucapan terakhir dari Pn. Hjh Nor Izan


Penyampaian hadiah dari wakil pelajar PPKI.


Penyampaian hadiah dan send-off dengan menaiki beca yang dikayuh oleh GPK Ko-ku, Cikgu Ramlan


scan terakhir sebelum melangkah keluar dan pelukan selamat tinggal dr Penyelaras PPKI, Pn Normah.



Terima kasih cikgu dan Jasamu Dikenang

Tuesday, December 14, 2010

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Lereh


Salam 1 Malaysia

Pada 29 - 31 Oktober 2010, SK Lereh telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform di Padang Sekolah Kebangsaan Lereh.


Pengakap Khas juga telah menyertai aktiviti ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Dan kelihatan murid Pengakap Khas juga seronok apabila berpeluang menyertai perkhemahan sekolah. Jom kita lihat aktiviti yang telah dijalankan.


Pada petang 29 Oktober 2010, murid-murid diberikan taklimat oleh Cikgu Airwan sebelum memulakan sebarang aktiviti perkhemahan.







Kemudian, murid-murid dikehendaki membina khemah masing-masing di tapak yang telah disediakan.







Selepas itu, murid-murid berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Acara diteruskan dengan aktiviti kawad kaki yang diketuai oleh "Pak Din" selaku pegawai yang bertanggungjawab memberi command.



Selesai aktiviti kawad kaki, murid-murid berhenti rehat untuk makan malam, mandi dan solat maghrib dan isyak berjemaah. Seterusnya adalah acara burung hantu dimana, murid-murid akan ditutup mata dan ditinggalkan berseorangan.



Alhamdulillah, semua aktiviti pada hari pertama berjalan lancar cuma latihan bagi malam kebudayaan dibatalkan dek kerana hujan telah turun dengan lebat. Maka, murid-murid tidak dibenarkan tidur didalam khemah kerana dikhuatiri berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hujan terus turun dengan lebat sehingga keesokan pagi. Dan ada diantara khemah pelajar telah diterbangkan angin sehingga ke laut serta khemah urusetia yang rosak teruk akibat hujan lebat.


a)khemah urusetia yang patah


b) khemah yang telah diterbangkan angin


c) siling kantin yang pecah


Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Aktiviti diteruskan apabila hujan reda. Aktiviti yang seterusnya adalah penerangan mengenai cara-cara menyelamat dan memadam kebakaran oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Murid-murid diajar cara-cara menyelamat mangsa kebakaran



Murid-murid diajar cara-cara memadam kebakaran awal dengan menggunakan alat pemadam kebakaran.

Nampaknya murid-murid amat bersemangat semasa aktiviti ini. Diharapkan ilmu ini akan digunakan pada masa akan datang. Acara berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Kemudian, diteruskan dengan Pertandingan Kawad Kaki mengikut pasukan masing-masing. Pengakap Khas tidak termasuk di dalam acara ini. Selesai pertandingan kawad kaki, murid-murid berhenti rehat sekali lagi untuk makan malam, mandi dan solat. Seterusnya, adalah malam kemuncak dimana murid-murid akan membuat persembahan sempena Malam Kebudayaan.

Pada pagi Ahad, adalah merupakan acara kemuncak iaitu gotong-royong sekolah bersama guru-guru SK Lereh. Selesai gotong-royong, semua murid dan guru yang terlibat berkemas unutk pulang. Perkhemahan ini bersurai pada jam 12.00 tengahari.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan aktiviti Perkhemahan ini. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat di post pada entry kali ini walaupun aktiviti yang terakhir tiada gambar yang dapat dipamerkan. Sekian, jumpa lagi..

Thursday, July 29, 2010

KUNTUM DATANG!!

Pada 28 Julai 2010, SK Lereh mengadakan majlis perasmian Bulan Membaca dan Bulan Bahasa Melayu Bersama Si Pintar (KUNTUM).

Sambutan majlis ini dilakukan dengan sangat meriah sekali.





Si Kuntum


Guru Besar, En. Sulaman Bin Mat Mohamad merasmikan Bulan Membaca


Bergambar bersama Pegawai Eksekutif Majalah Kuntum dan Si Kuntum


Sketsa oleh pelajar Tahun 5 Zamrud yang berkisarkan gejala merokok


Persembahan tarian arab oleh Persatuan Seni dan Tarian SK Lereh


Kusyuknya mereka melihat gelagat Si Kuntum di atas Pentas


Pelajar PPKI bergambar bersama Si Kuntum