Showing posts with label aktiviti Zon. Show all posts
Showing posts with label aktiviti Zon. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjung 2011


Salam 1 Malaysia

Pada 6 -7 April 2011 telah diadakan Karnival Permainan Pendidikan Khas Zon Tanjung.
PPKI SK Lereh telah menghantar 6 orang murid bagi menyertai Futsal.




Bacaan doa dan ucapan aluan sebelum karnival dimulakan.









Hanya 2 orang murid yang dipilih untuk mewakili Zon Tanjung di Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri iaitu Aidil dan Hafiz.

Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Tanjong



Pada 29 Mac telah diadakan pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjung.
Ini adalah penyertaan pertama PPKI SK Lereh dan kami telah menghantar beberapa orang murid bagi 3 pertandingan.





Wahid dan Amal'ludin mewakili pertandingan menulis Khat


Wahid dan Syakir mewakili pertandingan Azan Subuh


Menunggu acara seterusnya dan waktu makan..


Pertandingan nasyid


Majlis penyampaian hadiah dan adik Wahid telah berjaya menjadi juara bagi pertandingan Azan Subuh kategori bawah 14 tahun.

Adik Wahid akan mewakili pasukan Zon Tanjung ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri.
Tahniah kepada adik Wahid

Monday, March 14, 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong

Salam 1 Malaysia,

Pada 23-24 Feb 2011 telah diadakan Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjung di SK Tanjung Minyak.





Strecthing dulu sebelum tu..


Murid yang tidak terlibat memberikan sokongan bersama Cikgu Normah dan Cikgu Sheila


Menunggu giliran dan taklimat bagi acara larian


Wahid dalam acara lari 100m



Acara lompat jauh


Berehat sambil memberikan sokongan padu kepada rakan yang lain.


Peserta bagi acara lontar peluru

Alhamdulillah, 2 orang murid PPKI SK Lereh telah terpilih bagi mewakili Zon Tanjong di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka iaitu Mohd Firdaus bagi acara lari 200m dan 4x200m manakala Mohd Hafiz acara lompat jauh.

Friday, December 17, 2010

Hari Kualiti Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong

Salam 1 Malaysia

Pada 11 November 2010 telah diadakan Hari Kualiti Program Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong.

align="center">
Hari kualiti ini diadakan bertujuan memberi penganugerahan di atas pencapaian kecemerlangan kepada Program, murid dan guru yang telah berjaya. Ia juga dapat meningkatkan potensi murid terhadap aktiviti yang diadakan.




Program Pendidikan Khas SK Lereh telah menerima Anugerah Program Baru Terbaik dan Pn Suzilah Musa telah menerima Anugerah PPM Terbaik. Syabas dan diharap kita akan menggandakan lagi usaha bagi mencapai kecemerlangan pada tahun akan datang.

Wednesday, December 15, 2010

Kem Asas Ibadat

Salam 1 Malaysia

Pada 9 November 2010, Program Pendidikan Khas Zon Tanjong telah mengadakan Kem Asas Ibadat di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka.
Program ini dikendalikan oleh guru-guru J-Qaf. Melalui latihan dalam kumpulan (LDK), murid diberi pendedahan dan asas kepada murid-murid Pendidikan Khas mengenai kewajipan sebagai seorang mukmin.
Jom layan..





Sebelum aktiviti dijalankan



Latihan dalam kumpulan (LDK)


Mereka di ajar cara-cara mandi hadas


Cara-cara solat berjemaah



Minum petang




Majlis penutup Kem Asas Ibadat Pendidikan Khas Zon Tanjong dirasmikan oleh Ketua Sektor, Tn. Hj. Mohamad Sapian Bin Siran.