Tuesday, December 14, 2010

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Lereh


Salam 1 Malaysia

Pada 29 - 31 Oktober 2010, SK Lereh telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform di Padang Sekolah Kebangsaan Lereh.


Pengakap Khas juga telah menyertai aktiviti ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Dan kelihatan murid Pengakap Khas juga seronok apabila berpeluang menyertai perkhemahan sekolah. Jom kita lihat aktiviti yang telah dijalankan.


Pada petang 29 Oktober 2010, murid-murid diberikan taklimat oleh Cikgu Airwan sebelum memulakan sebarang aktiviti perkhemahan.







Kemudian, murid-murid dikehendaki membina khemah masing-masing di tapak yang telah disediakan.







Selepas itu, murid-murid berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Acara diteruskan dengan aktiviti kawad kaki yang diketuai oleh "Pak Din" selaku pegawai yang bertanggungjawab memberi command.



Selesai aktiviti kawad kaki, murid-murid berhenti rehat untuk makan malam, mandi dan solat maghrib dan isyak berjemaah. Seterusnya adalah acara burung hantu dimana, murid-murid akan ditutup mata dan ditinggalkan berseorangan.



Alhamdulillah, semua aktiviti pada hari pertama berjalan lancar cuma latihan bagi malam kebudayaan dibatalkan dek kerana hujan telah turun dengan lebat. Maka, murid-murid tidak dibenarkan tidur didalam khemah kerana dikhuatiri berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hujan terus turun dengan lebat sehingga keesokan pagi. Dan ada diantara khemah pelajar telah diterbangkan angin sehingga ke laut serta khemah urusetia yang rosak teruk akibat hujan lebat.


a)khemah urusetia yang patah


b) khemah yang telah diterbangkan angin


c) siling kantin yang pecah


Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Aktiviti diteruskan apabila hujan reda. Aktiviti yang seterusnya adalah penerangan mengenai cara-cara menyelamat dan memadam kebakaran oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Murid-murid diajar cara-cara menyelamat mangsa kebakaran



Murid-murid diajar cara-cara memadam kebakaran awal dengan menggunakan alat pemadam kebakaran.

Nampaknya murid-murid amat bersemangat semasa aktiviti ini. Diharapkan ilmu ini akan digunakan pada masa akan datang. Acara berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Kemudian, diteruskan dengan Pertandingan Kawad Kaki mengikut pasukan masing-masing. Pengakap Khas tidak termasuk di dalam acara ini. Selesai pertandingan kawad kaki, murid-murid berhenti rehat sekali lagi untuk makan malam, mandi dan solat. Seterusnya, adalah malam kemuncak dimana murid-murid akan membuat persembahan sempena Malam Kebudayaan.

Pada pagi Ahad, adalah merupakan acara kemuncak iaitu gotong-royong sekolah bersama guru-guru SK Lereh. Selesai gotong-royong, semua murid dan guru yang terlibat berkemas unutk pulang. Perkhemahan ini bersurai pada jam 12.00 tengahari.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan aktiviti Perkhemahan ini. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat di post pada entry kali ini walaupun aktiviti yang terakhir tiada gambar yang dapat dipamerkan. Sekian, jumpa lagi..


Salam 1 Malaysia

Jualan @ projek dengan PPKI memang tidak dapat dipisahkan.
Biasalah kan, PPKI perlu mencari duit lebih bagi pembelanjaan murid-murid ini.
Mana tidaknya, pembelajaran di PPKI bukan terhad hanya di dalam bilik darjah sahaja. Kami perlu keluar agar murid-murid ini akan berasa seronok dan bersemangat untuk belajar.

Pada bulan Oktober hingga November 2010, kami telah menjual kad seni "Sand Art".
Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan jualan kami sebelum tamat sesi persekolahan 2010.
Jom layan aksi mereka menjalankan jualan kad seni "Sand Art".



Satu RM2 je..

Mari-mari beli kad "Sand Art"

Terima kasih..


Terima kasih kepada mereka yang telah menyokong jualan kami.
Tahun depan jangan lupa meyokong lagi ok.

Thursday, December 2, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Taman Rama-Rama dan Zoo Melaka


Salam 1 Malaysia

Pada 19 Oktober 2010, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Rama-Rama dan Zoo Melaka.
Murid-murid kelihatan amat gembira kerana dapat mengenal berbagai spesis haiwan yang ada di dunia.
Diharap lawatan ini akan memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai kehidupan haiwan yang ada di dunia ini.

Lawatan kami yang pertama adalah ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka.
Di taman ini, bukan sahaja rama-rama yang kita boleh jumpa, tetapi pelbagai jenis reptilia lain juga dapat kita lihat.

Jom layan gelagat-gelagat mereka..


Tengok tu..suruh pegang ular hidup, masing-masing penakut..
Yang penting, gaya, mutu, keunggulan Smiley


Ular sedang mencari cahaya

Iguana. Comelkan?

Sebelum ke destinasi yang seterusnya, kita makan aiskrim dulu..
Kusyuk dapat makan aiskrim..

Selepas makan tengahari di Tasik Ayer Keroh, kami ke destinasi yang kedua iaitu Zoo Melaka.
Zoo Melaka adalah zoo yang terbesar di Malaysia. Jadi, penat juga la kami berjalan, tapi seronok..
Tak payah la banyak cakap, kita layan apa yang telah di potretkan

Menyaksikan persembahan burung

Burung Helang

Burung Hering ialah burung pemangsa yang memakan bangkai.


Menunggang kuda

SmileyWe like to move it, move it..Smiley
Apa ya nama haiwan ni?


Akhmal dan Adam

Gelagat orang utan yang kehausan

Bergambar dengan replika kura-kura

Hairul, Wahid dan Firdaus bergambar bersama Capuchin Coklat.

Menyaksikan persembahan gajah.
Lihat saja aksi Hafiz bila dipanggil untuk menjadi sukarela.


Memberi gajah makan tebu.

Sampai disini sahaja perjalanan kami..
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang terlibat..