Monday, May 9, 2011

Terapi Bowling dan Lawatan



Salam 1 Malaysia
Pada 28 April 2011 PPKI SK Lereh telah mengadakan lawatan sekitar Banda Hilir dan Terapi Bowling.

Acara pertama kami setiba di Banda Hilir adalah melawat sekitar kawasan bersejarah, melawat Memorial Kemerdekaan dan mendaki Bukit St Paul..
Walaupun penat mendaki, tetapi kelihatan murid-murid amat gembira kerana kebanyakan mereka belum pernah ke sini lagi.
Jom layan antara yang sempat dirakam..



Selepas penat, kami makan pagi dulu di Mc Donalds, Dataran Pahlawan. Kena la isi perut dulu untuk mendapatkan tenaga masa main bowling nanti.
Selain melakukan terapi bowling ni, kami juga mencari calon-calon yang akan mewakili PPKI SK Lereh ke Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Zon Tanjung yang akan diadakan pada 23 Mei 2011 ini.
Jom layan aksi mereka..





Dan, mereka yang telah mengumpul mata terbanyak akan mewakili PPKI SK Lereh iaitu Akhmal, Amirul, Firdaus, Faziallah, Hafiz dan Amal'ludin.
Diharap mereka akan beraksi dengan cemerlang pada kejohanan kali ini.

Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka

Salam 1 Malaysia

Pada 19-21 April 2011 PPKI SK Lereh telah menghantar 3 orang wakil untuk menyertai Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.
Jom kita layan aksi mereka..


Hari pertama semestinya mendirikan khemah



Merekacipta logo dan gajet



Aktiviti nyanyian lagu-lagu pengakap diadakan pada malam pertama



Senaman pagi dan riadah



Aktiviti LDK ikhtiar hidup tapi malangnya aktiviti ini tidak dapat diteruskan akibat hujan turun dengan lebatnya.



Aktiviti Zon






Pasukan Zon Tanjung bersama logo dan gajet



Peserta SK Lereh yang mewakili Zon Tanjung iaitu Hafiz, Amirul dan Akhmal. Mereka amat gembira dengan aktiviti ini dan semoga apa yang telah dipelajari akan dapat dimanfaatkan oleh mereka kelak.


Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjung 2011


Salam 1 Malaysia

Pada 6 -7 April 2011 telah diadakan Karnival Permainan Pendidikan Khas Zon Tanjung.
PPKI SK Lereh telah menghantar 6 orang murid bagi menyertai Futsal.




Bacaan doa dan ucapan aluan sebelum karnival dimulakan.









Hanya 2 orang murid yang dipilih untuk mewakili Zon Tanjung di Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri iaitu Aidil dan Hafiz.

Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Tanjong



Pada 29 Mac telah diadakan pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjung.
Ini adalah penyertaan pertama PPKI SK Lereh dan kami telah menghantar beberapa orang murid bagi 3 pertandingan.





Wahid dan Amal'ludin mewakili pertandingan menulis Khat


Wahid dan Syakir mewakili pertandingan Azan Subuh


Menunggu acara seterusnya dan waktu makan..


Pertandingan nasyid


Majlis penyampaian hadiah dan adik Wahid telah berjaya menjadi juara bagi pertandingan Azan Subuh kategori bawah 14 tahun.

Adik Wahid akan mewakili pasukan Zon Tanjung ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri.
Tahniah kepada adik Wahid