Tuesday, December 14, 2010



Salam 1 Malaysia

Jualan @ projek dengan PPKI memang tidak dapat dipisahkan.
Biasalah kan, PPKI perlu mencari duit lebih bagi pembelanjaan murid-murid ini.
Mana tidaknya, pembelajaran di PPKI bukan terhad hanya di dalam bilik darjah sahaja. Kami perlu keluar agar murid-murid ini akan berasa seronok dan bersemangat untuk belajar.

Pada bulan Oktober hingga November 2010, kami telah menjual kad seni "Sand Art".
Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan jualan kami sebelum tamat sesi persekolahan 2010.
Jom layan aksi mereka menjalankan jualan kad seni "Sand Art".



Satu RM2 je..

Mari-mari beli kad "Sand Art"

Terima kasih..


Terima kasih kepada mereka yang telah menyokong jualan kami.
Tahun depan jangan lupa meyokong lagi ok.

Thursday, December 2, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Taman Rama-Rama dan Zoo Melaka


Salam 1 Malaysia

Pada 19 Oktober 2010, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Rama-Rama dan Zoo Melaka.
Murid-murid kelihatan amat gembira kerana dapat mengenal berbagai spesis haiwan yang ada di dunia.
Diharap lawatan ini akan memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai kehidupan haiwan yang ada di dunia ini.

Lawatan kami yang pertama adalah ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka.
Di taman ini, bukan sahaja rama-rama yang kita boleh jumpa, tetapi pelbagai jenis reptilia lain juga dapat kita lihat.

Jom layan gelagat-gelagat mereka..


Tengok tu..suruh pegang ular hidup, masing-masing penakut..
Yang penting, gaya, mutu, keunggulan Smiley


Ular sedang mencari cahaya

Iguana. Comelkan?

Sebelum ke destinasi yang seterusnya, kita makan aiskrim dulu..
Kusyuk dapat makan aiskrim..

Selepas makan tengahari di Tasik Ayer Keroh, kami ke destinasi yang kedua iaitu Zoo Melaka.
Zoo Melaka adalah zoo yang terbesar di Malaysia. Jadi, penat juga la kami berjalan, tapi seronok..
Tak payah la banyak cakap, kita layan apa yang telah di potretkan

Menyaksikan persembahan burung

Burung Helang

Burung Hering ialah burung pemangsa yang memakan bangkai.


Menunggang kuda

SmileyWe like to move it, move it..Smiley
Apa ya nama haiwan ni?


Akhmal dan Adam

Gelagat orang utan yang kehausan

Bergambar dengan replika kura-kura

Hairul, Wahid dan Firdaus bergambar bersama Capuchin Coklat.

Menyaksikan persembahan gajah.
Lihat saja aksi Hafiz bila dipanggil untuk menjadi sukarela.


Memberi gajah makan tebu.

Sampai disini sahaja perjalanan kami..
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang terlibat..

Program Khidmat Bakti Siswa Bersama PDK Kg Pinang

Salam 1 Malaysia....
Diharap anda semua berada didalam keadaan sihat...

Pada 15 Oktober yang lalu, kami dijemput untuk menghadiri Program Khidmat Bakti Siswa Bersama PDK Kg Pinang anjuran IPGM, Durian Daun, Melaka.

Program ini perlu diteruskan agar dapat merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dan komuniti sekeliling.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.
Terima kasih kepada pelatih-pelatih IPGM kerana sudi menjemput kami..


Pertandingan mewarna ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
SK Lereh dan PDK kg Pinang.


Aktiviti sukaneka kategori PDK Kg Pinang.
Seronok bila melihat gelagat anak-anak di PDK Kg Pinang bermain.


Aktiviti sukaneka kategori SK Lereh pula menunjukkan bakat masing-masing.



Murid-murid menerima hadiah bagi pertandingan mewarna dan sukaneka.



Kemudian pertandingan pakaian beragam anak-anak PDK Kg. Pinang.
Pandai mereka menunjukkan aksi-aksi yang menarik.



Persembahan oleh band dari Kuala Lumpur.

Akhir kata dari kami,
Terima kasih daun keladi, Lain kali jemputlah kami lagi..

Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong

Salam 1 Malaysia

Pada 14 Oktober yang lepas, kami telah menghantar 4 orang wakil murid dan 2 orang wakil ke Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Zon Tanjong di MIBC.
Mereka adalah Muhammad Akhmal, Muhammad Amal'ludin, Muhammad Firdaus dan Amirul Asyraff. Manakala wakil guru pula adalah En. Zahiruddin dan Cik Masitah.

Mereka telah menunjukkan prestasi yang membanggakan, tetapi bukan rezeki kami untuk memenangi pertandingan ini.
Namun, kami akan meningkatkan lagi latihan dan prestasi mereka dalam sukan bowling pada tahun hadapan. Insyaallah..

Jom layan aksi mereka.



Tuesday, November 30, 2010

Bowling & Aktiviti Sosial


Salam 1 Malaysia..

Pada 11 Oktober 2010 yang lalu, kami telah mengadakan aktiviti latihan bowling di MIBC Ayer Keroh dan aktiviti sosial di pusat permainan Jusco Ayer Keroh. Aktiviti ini diadakan bagi melatih dan menggalakkan penglibatan murid-murid PPKI dalam sukan bowling. Latihan ini juga diadakan bagi memilih 4 orang murid bagi mewakili PPKI SK Lereh dalam Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong.


Aktiviti seperti ini perlu bagi memupuk semangat kesukanan dikalangan murid-murid pendidikan khas. Aktiviti ini juga mampu meningkatkan semangat daya saing yang sihat serta meningkatkan keyakinan dan semangat yakin boleh dalam diri murid.

Semoga aktiviti seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.


Sebelum bermain bowling, pegawai MIBC ini memberikan taklimat dan menerangkan cara-cara bermain bowling dengan betul kepada murid PPKI.






Tak sabar mereka mahu bermain bowling



Jom layan aksi-aksi mereka






Mengabadikan kenangan bersama murid di MIBC Ayer Keroh


Selepas penat bermain bowling, tiba masa untuk makan..



Selepas makan pula, kami ke Jusco Ayer Keroh untuk mengadakan aktiviti sosial untuk murid-murid agar dapat mengurangkan tekanan dan mewujudkan emosi yang sihat.






Seronoknya mereka sehingga lupa penat.

Selepas letih bermain, kami berehat di Mc Donalds sambil makan ais krim..






Tibalah masa untuk pulang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.