Salam 1 Malaysia
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca blog ini. Diharapkan tahun baru akan menjadikan kita lebih bersemangat dalam menjayakan program masing-masing.
Selamat kembali ke sekolah bagi semua guru-guru dan murid-murid SK Lereh.
Dan tidak ketinggalan juga kami mengucapkan selamat datang kepada 2 orang guru dan seorang murid ke PPKI SK Lereh.
Guru tersebut adalah Pn. Sheila Baskaran yang bertukar dari PPKI SK Limbongan dan Pn. Wardati Bt Sulaiman juga bertukar dari SK Kg Gelam. Manakala murid yang baru mendaftar ke program ini adalah adik Amier Syakir b. Mohd Sharifdin.
Sekali lagi, PPKI SK Lereh mengucapkan selamat datang..
Tuesday, January 4, 2011
Friday, December 17, 2010
Hari Kualiti Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong
Salam 1 Malaysia
Pada 11 November 2010 telah diadakan Hari Kualiti Program Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong.
align="center">
Pada 11 November 2010 telah diadakan Hari Kualiti Program Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjong.
align="center">
Hari kualiti ini diadakan bertujuan memberi penganugerahan di atas pencapaian kecemerlangan kepada Program, murid dan guru yang telah berjaya. Ia juga dapat meningkatkan potensi murid terhadap aktiviti yang diadakan.
Program Pendidikan Khas SK Lereh telah menerima Anugerah Program Baru Terbaik dan Pn Suzilah Musa telah menerima Anugerah PPM Terbaik. Syabas dan diharap kita akan menggandakan lagi usaha bagi mencapai kecemerlangan pada tahun akan datang.
Labels:
aktiviti Zon
Perbincangan RPI Akhir Tahun
Salam 1 Malaysia
Pada 10 November 2010, PPKI telah mengadakan perbincangan RPI bersama ibubapa. Perbincangan ini perlu dilakukan bertujuan memaklumkan kepada ibubapa mengenai tahap pencapaian murid dari pelbagai aspek.

RPI
Teratak Bestari PPKI
Salam 1 Malaysia
15 Disember 2010, pembinaan Projek Teratak Bestari PPKI SK Lereh kini secara rasminya telah pun bermula.
Pembinaan Teratak Bestari ini adalah bertujuan bagi memberikan keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran di PPKI. Ini kerana bangunan PPKI yang sedia ada terlalu sempit untuk menjalankan pelbagai aktiviti semasa P&P dijalankan.
Diharapkan dengan adanya bangunan ini nanti, lebih banyak aktiviti akan dapat dijalankan agar sesi P&P menjadi lebih seronok dan berkesan.
Diharapkan bangunan ini akan dapat disiapkan mengikut ketetapan masa yang telah diberikan.

projek,
Teratak Bestari
Wednesday, December 15, 2010
Kem Asas Ibadat
Salam 1 Malaysia
Pada 9 November 2010, Program Pendidikan Khas Zon Tanjong telah mengadakan Kem Asas Ibadat di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka.
Pada 9 November 2010, Program Pendidikan Khas Zon Tanjong telah mengadakan Kem Asas Ibadat di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka.
Program ini dikendalikan oleh guru-guru J-Qaf. Melalui latihan dalam kumpulan (LDK), murid diberi pendedahan dan asas kepada murid-murid Pendidikan Khas mengenai kewajipan sebagai seorang mukmin.
Jom layan..
Jom layan..
Labels:
aktiviti PPKI,
aktiviti Zon
Tuesday, December 14, 2010
Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Lereh
Salam 1 Malaysia
Pada 29 - 31 Oktober 2010, SK Lereh telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform di Padang Sekolah Kebangsaan Lereh.
Pengakap Khas juga telah menyertai aktiviti ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Dan kelihatan murid Pengakap Khas juga seronok apabila berpeluang menyertai perkhemahan sekolah. Jom kita lihat aktiviti yang telah dijalankan.
Pada petang 29 Oktober 2010, murid-murid diberikan taklimat oleh Cikgu Airwan sebelum memulakan sebarang aktiviti perkhemahan.
Kemudian, murid-murid dikehendaki membina khemah masing-masing di tapak yang telah disediakan.
Selepas itu, murid-murid berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Acara diteruskan dengan aktiviti kawad kaki yang diketuai oleh "Pak Din" selaku pegawai yang bertanggungjawab memberi command.
Selesai aktiviti kawad kaki, murid-murid berhenti rehat untuk makan malam, mandi dan solat maghrib dan isyak berjemaah. Seterusnya adalah acara burung hantu dimana, murid-murid akan ditutup mata dan ditinggalkan berseorangan.
Alhamdulillah, semua aktiviti pada hari pertama berjalan lancar cuma latihan bagi malam kebudayaan dibatalkan dek kerana hujan telah turun dengan lebat. Maka, murid-murid tidak dibenarkan tidur didalam khemah kerana dikhuatiri berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Hujan terus turun dengan lebat sehingga keesokan pagi. Dan ada diantara khemah pelajar telah diterbangkan angin sehingga ke laut serta khemah urusetia yang rosak teruk akibat hujan lebat.
Hujan terus turun dengan lebat sehingga keesokan pagi. Dan ada diantara khemah pelajar telah diterbangkan angin sehingga ke laut serta khemah urusetia yang rosak teruk akibat hujan lebat.
b) khemah yang telah diterbangkan angin
c) siling kantin yang pecah
Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Aktiviti diteruskan apabila hujan reda. Aktiviti yang seterusnya adalah penerangan mengenai cara-cara menyelamat dan memadam kebakaran oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Murid-murid diajar cara-cara menyelamat mangsa kebakaran
Murid-murid diajar cara-cara memadam kebakaran awal dengan menggunakan alat pemadam kebakaran.
Nampaknya murid-murid amat bersemangat semasa aktiviti ini. Diharapkan ilmu ini akan digunakan pada masa akan datang. Acara berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Kemudian, diteruskan dengan Pertandingan Kawad Kaki mengikut pasukan masing-masing. Pengakap Khas tidak termasuk di dalam acara ini. Selesai pertandingan kawad kaki, murid-murid berhenti rehat sekali lagi untuk makan malam, mandi dan solat. Seterusnya, adalah malam kemuncak dimana murid-murid akan membuat persembahan sempena Malam Kebudayaan.

Pada pagi Ahad, adalah merupakan acara kemuncak iaitu gotong-royong sekolah bersama guru-guru SK Lereh. Selesai gotong-royong, semua murid dan guru yang terlibat berkemas unutk pulang. Perkhemahan ini bersurai pada jam 12.00 tengahari.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan aktiviti Perkhemahan ini. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat di post pada entry kali ini walaupun aktiviti yang terakhir tiada gambar yang dapat dipamerkan. Sekian, jumpa lagi..

aktiviti sekolah,
pengakap khas