Wednesday, March 20, 2013

Terapi Renang 3

Tuesday, March 5, 2013

Kejohanan Petanque Peringkat Zon Tanjung

Sekolah Lereh telah menjadi tuan rumah Kejohanan Petanque 2013 peringkat Zon Tanjung pada 5 mac 2013. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. PPKI SK. Lereh telah menghantar seramai 12 orang murid ke pertandingan petanque yang berlangsung di Gelanggang Petanque Sri Tanjung. Seramai 4 orang telah masuk ke peringkat akhir dan hanya 2 orang terpilih untuk mewakili zon tanjung ke peringkat daerah. Murid yang bertuah tersebut ialah Aidil Amri dan Hairul Asyraf. Tahniah diucapkan. Semoga dapat membuat yang terbaik sehingga terpilih ke peringkat negeri. Amiiin... Berikut merupakan kenangan-kenangan sepanjang pertandingan tersebut.





Terapi Renang 2

Thursday, February 14, 2013

Terapi Renang 1

Program terapi renang ini merupakan aktiviti berkala bagi PPKI SK. Lereh.. Kebetulan pula kolam renang tersebut dekat sahaja dengan sekolah kami... Ini merupakan program terapi kali pertama untuk tahun ini, pastinya akan ada lagi terapi renang pada bulan-bulan berikutnya.. Tunggu....

Thursday, February 7, 2013

Apresiasi hasil seni dari murid kelas Ikhlas 1

PDP Pendidikan Seni Visual
































Tuesday, January 29, 2013

Program Merentas Desa 2013

Murid-murid khas juga tidak terlepas dari melibatkan diri dalam program merentas desa. berikut adalah sebahagian gambarnya.



Thursday, January 24, 2013

Selamat Bertugas di SK. Lereh

Bilangan murid yang telah mencecah 28 pada tahun ini telah melayakkan PPKI SK. Lereh menerima seorang GPK Pendidikan Khas... Lalu pada 23 Januari yang lalu GPK tersebut telah mula berkhidmat di PPKI SK. Lereh.. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Puan Asfalila binti Jahaya. Semoga dapat membawa PPKI SK. Lereh ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang...





Wednesday, January 23, 2013

Pertandingan Mewarna


Pendidikan seni merupakan salah satu terapi yang dapat memberikan ketenangan kepada diri murid. Justeru penglibatan dalam pertandingan mewarna ini amat tepat kerana selain merehatkan minda, murid turut mendapat hadiah jika dapat mewarna dengan menarik. 






Tuesday, January 22, 2013

Video aktiviti pendidikan seni visual

Sukanya dia melukis menggunakan warna air...




Monday, January 21, 2013

Kenal pasti keselamatan di kebun

Permainan Interaktif


Permainan interaktif berunsurkan perkebunan yang sesuai untuk murid-muird khas disamping meningkatkan kemahiran motor halus murid.

Mengenal Alatan Perkebunan


Alatan Perkebunan

Beberapa alatan asas diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja yang perkebunan. Gunakan alat yang betul dan sesuai untuk aktiviti berkebun yang betul. Jangan gunakan pisau pemotong daging untuk mencantas pokok kerana bukan sahaja cantasan menjadi tidak cantik dan kemas malah akan merosakkan pokok. Alatan asas berkebun termasuklah:

1)      Gunting pokok
2)      Sudip tanah
3)      Gunting dahan
4)      Garpu tanah
5)      Cangkul
6)      Pencakar
7)      Pongkes
8)      Penyembur racun
9)      Sarung tangan
10)   Kereta sorong




Gunting Pokok


Cangkul mata tiga, tajak dan cangkul



Gunting pokok


Kotak perkakas


Pencakar


sudip tanah, penanam dan garpu tanah


Gergaji pokok


Gunting pagar