Wah, seronoknye.. dapat pergi ke pameran denggi. Semoga info yang diperolehi dapat dipraktikkan agar dapat mencegah dari pembiakan nyamuk denggi. Jom layan beberapa keping gambar yang sempat diambil dibawah ni..
Kelab Doktor Muda SK Lereh telah melancarkan program Minum Air Masak dan wakil Doktor Muda dari murid PPKI juga terlibat di dalam menjayakan demonstrasi ini iaitu adik Aidil, adik Aqashah dan Adik Daniel. Jom Minum Air 8 Gelas Sehari!