Tuesday, December 14, 2010

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Lereh


Salam 1 Malaysia

Pada 29 - 31 Oktober 2010, SK Lereh telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform di Padang Sekolah Kebangsaan Lereh.


Pengakap Khas juga telah menyertai aktiviti ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Dan kelihatan murid Pengakap Khas juga seronok apabila berpeluang menyertai perkhemahan sekolah. Jom kita lihat aktiviti yang telah dijalankan.


Pada petang 29 Oktober 2010, murid-murid diberikan taklimat oleh Cikgu Airwan sebelum memulakan sebarang aktiviti perkhemahan.







Kemudian, murid-murid dikehendaki membina khemah masing-masing di tapak yang telah disediakan.







Selepas itu, murid-murid berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Acara diteruskan dengan aktiviti kawad kaki yang diketuai oleh "Pak Din" selaku pegawai yang bertanggungjawab memberi command.



Selesai aktiviti kawad kaki, murid-murid berhenti rehat untuk makan malam, mandi dan solat maghrib dan isyak berjemaah. Seterusnya adalah acara burung hantu dimana, murid-murid akan ditutup mata dan ditinggalkan berseorangan.



Alhamdulillah, semua aktiviti pada hari pertama berjalan lancar cuma latihan bagi malam kebudayaan dibatalkan dek kerana hujan telah turun dengan lebat. Maka, murid-murid tidak dibenarkan tidur didalam khemah kerana dikhuatiri berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hujan terus turun dengan lebat sehingga keesokan pagi. Dan ada diantara khemah pelajar telah diterbangkan angin sehingga ke laut serta khemah urusetia yang rosak teruk akibat hujan lebat.


a)khemah urusetia yang patah


b) khemah yang telah diterbangkan angin


c) siling kantin yang pecah


Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Aktiviti diteruskan apabila hujan reda. Aktiviti yang seterusnya adalah penerangan mengenai cara-cara menyelamat dan memadam kebakaran oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Murid-murid diajar cara-cara menyelamat mangsa kebakaran



Murid-murid diajar cara-cara memadam kebakaran awal dengan menggunakan alat pemadam kebakaran.

Nampaknya murid-murid amat bersemangat semasa aktiviti ini. Diharapkan ilmu ini akan digunakan pada masa akan datang. Acara berhenti rehat untuk minum petang dan solat. Kemudian, diteruskan dengan Pertandingan Kawad Kaki mengikut pasukan masing-masing. Pengakap Khas tidak termasuk di dalam acara ini. Selesai pertandingan kawad kaki, murid-murid berhenti rehat sekali lagi untuk makan malam, mandi dan solat. Seterusnya, adalah malam kemuncak dimana murid-murid akan membuat persembahan sempena Malam Kebudayaan.

Pada pagi Ahad, adalah merupakan acara kemuncak iaitu gotong-royong sekolah bersama guru-guru SK Lereh. Selesai gotong-royong, semua murid dan guru yang terlibat berkemas unutk pulang. Perkhemahan ini bersurai pada jam 12.00 tengahari.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan aktiviti Perkhemahan ini. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat di post pada entry kali ini walaupun aktiviti yang terakhir tiada gambar yang dapat dipamerkan. Sekian, jumpa lagi..

0 comments: