Monday, May 9, 2011

Terapi Bowling dan Lawatan



Salam 1 Malaysia
Pada 28 April 2011 PPKI SK Lereh telah mengadakan lawatan sekitar Banda Hilir dan Terapi Bowling.

Acara pertama kami setiba di Banda Hilir adalah melawat sekitar kawasan bersejarah, melawat Memorial Kemerdekaan dan mendaki Bukit St Paul..
Walaupun penat mendaki, tetapi kelihatan murid-murid amat gembira kerana kebanyakan mereka belum pernah ke sini lagi.
Jom layan antara yang sempat dirakam..



Selepas penat, kami makan pagi dulu di Mc Donalds, Dataran Pahlawan. Kena la isi perut dulu untuk mendapatkan tenaga masa main bowling nanti.
Selain melakukan terapi bowling ni, kami juga mencari calon-calon yang akan mewakili PPKI SK Lereh ke Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Zon Tanjung yang akan diadakan pada 23 Mei 2011 ini.
Jom layan aksi mereka..





Dan, mereka yang telah mengumpul mata terbanyak akan mewakili PPKI SK Lereh iaitu Akhmal, Amirul, Firdaus, Faziallah, Hafiz dan Amal'ludin.
Diharap mereka akan beraksi dengan cemerlang pada kejohanan kali ini.

0 comments: