Tuesday, July 27, 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAHIRAN ANAK KURANG UPAYA - part 1

Dr. Mohd. Zuri Ghani Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.

“Sebagai insan yang dilahirkan dengan sempurna dan normal
kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita memiliki”
.

Kita juga perlu mengetahui bahawa melahirkan seseorang anak bukan satu perkara yang ringan dan mudah. Hal ini kerana, melahirkan seseorang anak merupakan sesuatu proses yang mengambil masa yang panjang dengan diikuti oleh beberapa tahap yang penting. Menurut pandangan orang tua-tua dahulu, inilah yang dikatakan bahawa melahirkan anak merupakan satu proses kelahiran semula seseorang ibu.

Tahap-tahap atau faktor-faktor yang dinyatakan ini akan menentukan sama ada anak yang bakal dilahirkan itu normal dan sempurna atau dikategorikan sebagai anak kurang upaya. Antara faktor-faktor yang dinyatakan ini termasuk pranatal, perinatal, posnatal dan bagi faktor-faktor lain semasa kelahiran seorang bayi.


Faktor Pranatal (Sebelum Kelahiran)

Faktor pranatal adalah proses utama dan juga yang paling penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak semasa dalam kandungan ibu iaitu faktor yang akan dilalui sebelum kelahiran seseorang anak. Faktor pranatal atau jangka waktu pranatal adalah selepas
sahaja berlakunya pensenyawan antara sperma dengan ovum sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Tempoh ini berlangsung selama 266 hari atau bersamaan dengan 38 minggu. Proses ini melalui tiga peringkat utama iaitu geminan, embrio dan fetus/janin. Pada tahap pranatal ini proses
pembahagian semasa pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal adalah amat aktif. Disinilah kelakuan dan amalan ibu yang mengandung perlu dijaga kerana ia mempengaruhi pembentukan bayi dalam rahim.

Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan adalah peringkat pembentukan zigot yang mengambil masa selama dua minggu. Pada masa ini, zigot akan melekat pada dinding rahim ibu dengan mengambil masa selama tiga hingga empat hari per uterus. Seterusnya, fasa embrio akan bermula pada minggu ketiga dan berakhir pada minggu kelapan dalam kandungan.
Fasa ini merupakan proses pembentukan awal bagi organ utama seperti jantung dan paru-
paru. Penyerapan zat-zat makanan akan berlaku semasa pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Seseorang ibu yang mengandung perlulah mengambil makanan yang berkhasiat bagi membantu proses ini berlakunya dengan lancar.

“Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya adalah disebabkan
oleh faktor makanan yang kurang diberi perhatian kerana
tumbesaran seseorang bayi dipengaruhi oleh pemakanan ibu
semasa mengandung”.


Fasa embrio berikutan adalah pada minggu keempat iaitu bermula kefungsian jantung bayi dalam kandungan. Manakala, fasa fetus pula bermula pada bulan ketiga hingga anak dalam kandungan itu dilahirkan dan organ utama dan jari tangan dan kaki juga akan terbentuk sepenuhnya. Pada bulan keempat janin mula bergerak dan pergerakan menjadi semakin aktif pada bulan keenam. Pada masa ini, keselamatan dan tingkah laku seseorang ibu yang mengandung perlulah dijaga bagi mengelakkan kelahiran anak yang mempunyai kecacatan terutamanya dari segi fizikal.

“Faktor pranatal ini mempengaruhi sebanyak lapan puluh peratus
dalam kelahiran anak yang cacat”
.

Oleh itu, bayi dalam kandungan sekurang-kurangnya memerlukan dua jenis perlidungan iaitu, salah satunya adalah cecair Amniotik yang membantu melindungi fetus daripada mengalami kecedaraan fizikal.


Manakala, perlindungan kedua adalah sempadan plasenta yang dihasilkan oleh saluran darah yang memisahkan sistem peredaran ibu dan janin. Ia juga melindungi bayi daripada dimasuki bendasing- bendasing yang menyebabkan kecacatan pada bentuk janin mahupun tingkah laku dan kecerdasan otak.

Rubella Plasenta Barrier tidak dapat melindungi janin sepenuhnya semasa perkembangan bayi dalam kandungan kerana kajian mendapati bahawa sebanyak 30 000 bayi yang lahir meninggal dunia dan 16 000 bayi lagi dilahirkan sebagai pekak dan buta. Antara kesan yang dibawa oleh rubella ini adalah selesema tetapi ramai dalam kalangan ibu yang memandang ringan pada keadaan ini. Rubella dapat dicegah melalui imunisasi awal sebelum mengandung.


bersambung..

0 comments: