Monday, September 6, 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAHIRAN ANAK KURANG UPAYA - part 3

sambungan part 2

Faktor Posnatal

(Selepas Kelahiran)


Faktor posnatal pula berlaku selepas kelahiran anak iaitu bermula pada saat kehidupan selepas kelahiran ke dunia sampai pada dua tahun atau lima tahun kehidupan seseorang anak. Proses ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti gizi pemakanan, penyakit, keadaan sosial ekonomi, musim dan lain-lain lagi.


Gizi pemakanan haruslah diamalkan pada masa ini, iaitu awal pertumbuhan dan perkembangan anak seperti mengikuti cara makanan kualitatif dan juga kuantitatif. Hal ini membantu serta memudahkan perkembangan anak yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Antara makanan yang dikatakan kualitatif adalah makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin. Awal perkembangan anak dari segi fizikal mahupun mental amat penting untuk mengelakkan sebarang kecacatan dalam pertumbuhan mereka.



Manakala, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran yang semakin menular juga salah satu faktor menyebabkan kecacatan pada diri kanak-kanak. Sekiranya anak yang dilahirkan dikenal pasti mengalami penyakit ini, ibu bapa perlulah membawa anaknya ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya diterima oleh anak mereka serta mengikuti apa yang dinasihatkan oleh pakar kesihatan. Penyakit sebegini tidak menunjukkan kesan pada masa tersebut tetapi akan memberi kesan pada masa akan datang. Hal ini menyebabkan kebanyakan anak kurang upaya tidak dapat dibantu kerana sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan.


Secara keseluruhannya, tiga faktor utama iaitu faktor pranatal, perinatal dan posnatal amatlah penting kerana ia mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak sama ada dalam keadaan sempurna atau cacat. Seseorang wanita yang mengandung haruslah memberi perhatian yang serius semasa melalui tiga faktor utama kelahiran anak bagi mengurangkan bilangan kelahiran anak kurang upaya yang semakin meningkat di dunia ini.


0 comments: