Monday, September 20, 2010

Kanak-kanak Istimewa… Satu Anugerah…

Kanak-kanak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-Nya. Namun, tidak semua kanak-kanak yang dilahirkan adalah sempurna sifatnya. Faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak ini dilahirkan tidak sempurna adalah masalah genetik, kesihatan dan pemakanan ibu ketika mengandung, pengambilan alkohol dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bukan semua kecacatan yang dialami berpunca daripada ibu, ada juga yang terjadi akibat daripada faktor kelahiran dan persekitaran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan ini dinamakan kanak-kanak istimewa ataupun kanak-kanak berkeperluan khas, kerana mereka merupakan anugerah yang unik dan memerlukan sesuatu keperluan tertentu untuk membantu dalam kehidupan mereka.


*gambar ehsan dari google.com


Kanak-kanak istimewa boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari aspek mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap dimana kanak-kanak memerlukan modifikasi ataupun intervensi melalui aktiviti-aktiviti sekolah ataupun pendidikan khas bagi membantu kanak-kanak itu berkembang dengan lebih baik.

0 comments: